|
Home
Rancangkan Persaraan Anda
Sebagai seorang pekerja baru,
persaraan
mungkin tidak terbayang di dalam fikiran anda apa lagi di dalam perancangan peribadi sebelum mencara pekerjaan.Sebagai makluman, di beberapa negara maju terdapat perundangan yang mewajibkan pemberian kemudahan persaraan bagi pekerja sektor swasta. Kemudahan ini adalah salah satu daripada kemudahan yang perlu diambilkira sebelum menerima tawaran pekerjaan. Anda perlu memahami berapa pentingnya perkara ini sama ada anda ingin bekerja di sektor awam atau sektor swasta.
Pemberian Kemudahan Dapat Membawa Kesan Positif Bagi organisasi yang ingin mengukuhkan imej sebagai "Majikan Pilihan", pertingkatkan pengurusan kemudahan persaraaan pekerja anda. Buat perancangan dengan mengambilkira peruntukan undang-undang mengenai persaraan pekerja.
Kemudahan ini perlu diurus dengan baik, tepat dan cepat mengikut jadual. Pastikan pekerja yang dipertanggungjawabkan tugas ini diberi latihan dan tunjuk-ajar.
Kelayakan Pekerja Untuk Menikmati Kemudahan
Anggota Sektor Awam Sekiranya anda seorang pekerja di dalam sektor awam, besar kemungkinan anda layak menerima kemudahan-kemudahan pencen. Anda akan mendapat pengesahan sama ada kemudahan persaraan layak dinikmati apabila memenuhi syarat. Jika tidak, dapatkan pengesahan tersebut agar tindakan yang seterusnya boleh diambil. Pekerja Swasta Jika anda bekerja di sektor swasta, kemudahan pencen adalah tertakluk kepada terma dan syarat pelantikan anda. Walau bagaimanapun terdapat peruntukan undang-undang yang mengenakan syarat yang memerlukan majikan memberi kemudahan ini. Contohnya adalah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Periksa kandungan surat tawaran pelantikan anda sebelum menerima tawaran tersebut. Lakukan ini sekira anda menganggap kemudahan pencen sebagai salah satu daripada kemudahan utama yang anda inginkan. Sekiranya surat tawaran merujuk kepada dokumen yang lain, minta maklumat tersebut sebelum menandatangani surat penerimaan tawaran. Maklumat yang berkenaan mungkin diperturunkan di dalam "Employee Handbook" organisasi dan / atau undang-undang pekerjaan atau ordinan buruh yang berkenaan.
Pastikan Anda Mengetahui Jenis Kemudahan Yang Layak Dinikmati oleh Seorang Pesara
Pastikan Surat Pelantikan menyatakan kedudukan jawatan yang anda akan sandang. Adakah dinyatakan jawatan tersebut tetap dan berpencen?- Jika jawatan itu tetap dan berpencen, anda layak menerima kemudahan pencen jika semua syarat yang ditetapkan dipenuhi.
- Jika jawatan yang ditawarkan tetap, anda mungkin layak menerima sebahagian kemudahan apabila bersara kelak. Tetapi terdapat pelantikan yang menyatakan 'tetap tidak berpencen'. Dapatkan pengesahan.
- Jika jawatan itu sementara, anda layak menerima kemudahan persaraan jika anda memenuhi semua syarat termasuklah tempoh perkhidmatan yang mencukupi atau perkhidmatan terputus tetapi tidak dianggap sebagai membatal hak untuk menerima kemudahan tersebut.
- Jika anda dilantik secara kontrak, kemudahan pencen tidak layak dinikmati kecuali bayaran "gratuiti" dan kemudahan lain yang diperuntukkan di dalam perjanjian pekerjaan.
Jika anda bekerja bergaji bulan, mingguan atau harian, anda mungkin dianggap sebagai pekerja sementara. Lihat No. 3 di atas. Periksa peraturan yang berkenaan atau minta maklumat daripada majikan. Kepastian adalah mustahak. Bagi organisasi, eksekutif yang dipertanggungjawabkan perlu mengetahui semua peraturan pencen dan proses pemprosesan semua dokumen mengikut prosedur dan jadual. Ini adalah amat penting. Jika anda pekerja di dalam sektor swasta, sebarang pembayaran kemudahan adalah dinyatakan di dalam Surat Pelantikan, dan mungkin di dalam Dasar Sumber Manusia (HR Policy.)
Syarat-Syarat Kelayakan Bagi pekerja sektor awam, yang layak menerima kemudahan adalah pesara sendiri.
Jika ia meninggal dunia, balunya atau dudanya atau / dan anak-anaknya akan menerima kemudahan tersebut dengan syarat semua peraturan yang dikenakan dipenuhi. Kadar pembayaran akan menurun setelah dua belas tahun setengah telah berlalu. Jenis Kemudahan Yang Layak Diterima Sebagai pekerja sektor awam, anda akan menerima, dengan syarat:
- Gratuiti atau ganjaran
- Bayaran pencen bulanan
- "Golden Handshake" iaitu bayaran bagi cuti tahunan yang dikumpul untuk pembayaran apabila mencapai umur wajib atau pilihan mengikut peraturan
- Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu caruman anda sendiri
Anda tidak layak menerima caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang dibuat oleh pihak kerajaan. Jika anda pekerja tidak berpencen, anda hanya layak menerima caruman KWSP termasuk caruman kerajaan. Pekerja Swasta Jika anda seorang pekerja sektor swasta, Surat Pelantikan akan menyebutkan siapa penerima pembayaran pencen dan berapa.
Peringatan perlu dibuat bahawa peraturan-peraturan persaraan pekerja berbeza dari satu negera ke satu negera yang lain walaupun ada kemungkinan terdapat persamaan di antara beberapa perkara.
Ganjaran Akan Dibayar Hanya Sekali dan Sekaligus
Sila klik di sini untuk mengetahui "Consultancy Services" yang diberi oleh Diamond Edge General Services
Pelbagai Masalah Yang Boleh Berlaku Ada kemungkinan terdapat masalah yang akan belaku. Ambil tindakan agar tidak ada perkara seperti ini timbul sama ada melibatkan anda sebagai pekerja atau yang mengurus perkara pencen.- Sebagai pekerja sektor awam, anda mungkin terlepas pandang mengambil tindakan seperti bertanya kepada majikan mengenai tindakan yang anda harus ambil agar tidak berlaku kelambatan pemprosesan pencen anda.
- Sebagai eksekutif yang mengurusnya, anda bermasalah menyediakan dokumen-dokumen yang berkenaan mengikut jadual oleh kerana beberapa sebab.
- Rekod tidak lengkap, dokumen tidak dapat dikesan atau dokumen lambat dikemukakan untuk memudahkan pemprosesan persaraan dan menyebabkan kelambatan penghantaran ke Jabatan Pencen atau pihak yang meluluskan.
- Kurang kepakaran dalam pengurusan pencen.
- Kelewatan menghantar dokumen-dokumen pencen kepada Jabatan Pencen.
- Tidak wujud bahagian di dalam Jabatan yang ditugaskan mengurus hal ehwal pencen atau pekerja terlatih tidak terdapat atau bilangan tidak mencukupi.
Jabatan anda mungkin menghadapi masalah yang lain. Kebanyakan perkara yang dinyatakan adalah berkaitan dengan pekerja kerajaan. Sebagai bakal pesara, anda dinasihatkan meminta maklumat dari masa ke semasa agar semua perkara berjalan mengikut jadual. Bantu eksekutif yang bertanggungjawab dengan memberi kerjasama dengan sepenuhnya. Bagi majikan, perancangan diperlukan. Ini termasuklah merujuk kepada pihak yang pakar dalam peraturan-peraturan dan pentadbiran persaraan.
Akan Bersara Secara Wajib Atau Ingin Bersara Awal? Bagi pekerja di sektor awam, akta kerajaan memperuntukkan umur persaraan sama ada awal atau wajib dengan peraturan yang tersendiri.
Di negara Malaysia pada masa ini kakitangan kerajaan boleh memilih untuk bersara sebaik sahaja mencapai umur empat puluh (40) tahun. Kedua-dua pekerja lelaki dan pekerja perempuan boleh berbuat demikian. Umur wajib bersara adalah lima puluh lapan tahun (58). Sektor swasta selalunya menggunakan umur yang dikenakan ke atas pekerja sektor awam sebagai panduan. Walau bagaimanapun, pekerja swasta selalunya dibersarakan pada umur yang lebih lanjut. Organisasi-organisasi swasta mementingkan pengalaman dan kepakaran. Umur yang berkenaan dimasukkan sebagai salah satu daripada terma dan syarat pelantikan. Sama ada anda kakitangan kerajaan atau pekerja di sektor swasta persaraan adalah terma pelantikan yang penting. Pengurusan sumber manusia yang strategik harus mengambilkira semua aspek pengurusan tenaga pekerja termasuklah pemberian kemudahan persaraan. Dengan adanya kemudahan seperti ini, motivasi pekerja akan meningkat dan ia akan lebih tekun menjalankan tugasnya. Memandangkan persaraan adalah salah satu daripada perkara yang sangat penting ia perlu diurus sebaik-baiknya dengan kerjasama di antara majikan dan bakal pesara. Pastikan tidak ada perkara yang mengganggu keberkesanan pengurusannya.
Persaraan adalah salah satu daripada tanggungjawab yang harus ditangani secara efektif di bawah Pengurusan Sumber Manusia.
> Strategic Human Resource Definition > Human Resources Glossary > Definition of Strategy
Lihat buku-buku dalam eBookstore di Amazon.com
ke atas muka surat
Ke "Home Page"
Privacy Policy

|